Pameran Mukjizat al-Quran di Ethylene.

Kemaman, 22 Mei - Tim Teguh Iman Resources (TIR) telah diundang oleh pihak Ethylene Malaysia Sdn Bhd untuk mengadakan pameran mukjizat al-Quran sempena program Minggu Penghayatan al-Quran. Program anjuran Bahagian Sumber Manusia Ethylene Malaysia ini berlansung selama tiga hari bermula 21 Mei dan berakhir pada 23 Mei. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak penganjur di antaranya ujian hafazan al-quran, tilawah al-Quran, persembahan sajak, ceramah agama dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan pameran mukjizat al-Quran yang dikendalikan sepenuhnya oleh Tim TIR. Sebanyak 16 poster yang merangkumi empat tajuk telah dipamerkan dan ia mendapat sambutan yang amat baik dari pengunjung. Selain itu tim TIR juga menyediakan slaid powerpoint mukjizat al-Quran berkenaan dengan perkembangan janin manusia. Turut dipersembahkan tayangan video kuliah Syeikh Abdul Majid az-Zindani yang memaparkan beberapa topik berkaitan dengan mukjizat saintifik. Selain itu tim TIR juga turut mengadakan jualan buku yang bertajuk “Puasa - Hukum dan Hikmah Menurut Islam dan Fakta Sains Moden”. Program tersebut mendapat sambutan yang hangat dari warga Ethylene Malaysia dan ia berakhir tepat jam 10.00 malam 23 Mei 2008.

Pameran Mukjizat Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan

Pada tanggal 11 September 2007, tim Teguh Iman Resources (TIR) telah diundang untuk turut serta dalam Pameran Mukjizat al-Quran peringkat negeri Kelantan. Pameran tersebut berlangung selama lima hari yang bertempat di Balai Islam Lundang, Kelantan. Program ini adalah anjuran Pustaka Dar Nur Zahrah dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan serta beberapa agensi awam dan swasta seperti Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan, Darul Digital, HUSM dan lain-lain lagi. Tim TIR telah ditugaskan untuk mengendali pameran yang berkaitan dengan mukjizat saintifik, merangkumi konsep, pengisian, bahan dan lain-lain lagi. Pameran ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pengunjung kerana ianya julung kali diadakan di Kelantan mahupun Malaysia.

Assalamualaikum

banner-2.jpg

Selamat datang ke portal Teguh Iman Resources. Anda semua amat dialu-alukan di sini. Semoga kita dapat menjalinkan pertalian persaudaraan dan persahabat demi kepentingan agama, bangsa dan negara.